Forever Young

minta maaf
Saturday, November 24, 2012 ? 0 Atashinchi ?
jika sudah tiada lagi rasa sayang, cinta, kasih, lepaskan lah aku. jika kau sudah menemui seseorang yang baik, pandai menjaga kau, sayang kau lebih daripada aku menyayangi kau, pergi lah bersama dia. aku tidak mahu menjadi penghalang diantara hubungan antara korang berdua. jika dia yang terbaik untuk kau, pergi lah, pergi lah bersama dia. walaupun rasa sayang ini sukar untuk hilang, ia tidak akan menghilang, aku akan tetap menyayangi kau. walaupun kau sudah menemui pengganti. aku sedia menerima kau semula. walaupun, mungkin layanan aku tidak sama seperti dulu. aku mungkin akan memberi peluang kedua, tetapi peluang itu tidak sama seperti yang pertama.

aku sayang kau, tapi sayang aku hancur apabila aku terbaca tweet seseorang yang dulu pernah kau cintai. 
yang pernah mengisi hati kau sebelum aku. yang sayang kau sebelum aku. yang dulu kau berjanji sebelum aku. 

aku marah kerana aku terlalu dan teramat sayang kan kau. aku takut kehilangan kau. aku tak nak kehilangan kau. aku terlalu mencintai kau. 

jika aku pemilik tulang rusuknya, KAU kekalkan lah hubungan kami. dan jika ia sebaliknya, KAU temukan lah dia dengan orang yang berhak menyayangi dia. 




Thanks for reading :)




Older Post


// Forever Young-One Direction